Dariapda ape yang ak taw, pengalaman n kematangan inilah yg telah byk memberi kesedaran kepada ku.
Korang kena yakin bahawa setiap permulaan..akan ada pengakhirannya. Sama ada ia awal atau lambat, kita harus sentiasa bersedia. Seeloknya, mulakan sesuatu hubungan dengan redha Illahi…agar ia terus diberkahiNYA. Jangan terlalu berusaha memiliki semula sehingga menjatuhkan martabat diri. Bolehlah kalau hendak memujuk kembali hati si dia yang dah tawar atau mungkin kerana kesilapan yang tak disengajakan itu tapi, seandainya dia sudah katakan… “Its over between us” atau bahasa yang mudah terasanya, “Kita putus”, so..berhentilah merendahkan diri anda. Kadang kita terlalu yakin itulah yang terbaik dan memang sudah menjadi satu fenomena, susah melupakan si dia. Tapi bukalah pintu hati buat insan lain yang mungkin lebih mencintai anda berbanding dia. Jangan terpaku andai satu pintu tertutup sedangkan masih ada banyak pintu yang masih terbuka. Teruskan berkawan dengan si dia dengan seadanya seorang sahabat. Dia akan lebih menghargai kehadiran korang yang sentiasa ada disisinya. Dan kalaulah perpisahan itu atas permintaannya, tidak mustahil dia akan terpikat kembali dengan korang kerana sikap tenang dan redha korang. Mungkin susah hendak berkawan dengan bekas kekasih sebab mesti akan terbayang saat-saat bergelar kekasih dulu tapi relaks lah… kalau tidak mampu, jauhkan diri seketika. Ambil masa untuk neutralkan perasaan. Tidak semua orang boleh kembali berteman dengan bekas kekasih apatah lagi jika perpisahan itu sesuatu yang sangat melukakan.
#Setiap insan ade keistimewaan masing2, so pndai2 la mengunaknnye, jangan lah terlalu berharap sesuatu yang belom pasti. :)


No comments:
Post a Comment