SnowWatch

Saturday, 17 August 2013




# Jangan Bersedih sekiranya kita sentiasa ditimpa musibah sebaliknya berusahalah untuk melawan agar dapat memperbaiki diri dgn lebih komitmen yg ada serta yakinlah semua perkara yg dirancang itu ade hikmah disebaliknya..

Thursday, 18 July 2013

Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman. Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya. Andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang. "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup.
Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
Ada orang mengatakan padaku, “Jika engkau melihat ada hamba tertidur, jangan dibangunkan, barangkali ia sedang bermimpi akan kebebasan.”
Kujawab,”Jika engkau melihat ada hamba tertidur, bangunkan dia dan ajaklah berbicara tentang kebebasan.”
Imam Syafie berkata:

“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu”
jom t0pup ilmu !~ ^_^

Friday, 28 June 2013

Assalamualaikum.

Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar biasa.

Kebencian tidak dapat di atasi dengan kebencian, tetapi hanya dapat di atasi dengan kasih sayang.

Masa yang diberi kepada kita dikurniakan sesaat demi sesaat, maka kita perlu menggunakannya sesaat demi sesaat.

#Jangan kamu sesali sekiranye semua yang kamu ade sekarang akan lenyap seklip mata..Bersyukurlha Dengan kententuannye dan bersabarlha..Let me alone.


Saturday, 1 June 2013

Jangan kita salah kan takdir..Smua yang berlaku telah dirancang olehnye..samaada baik atau buruk ssuatu perkara itu, terimalha dengan ape jua keadaan pun..biar hati yang tentukan segala-galanye..fikiran yang waras masih belom dapat mengecapi ape yang kita impikan..sedangkan diri belum bersedia saling melengkapi antara satu sama lain..Tiada tandingi antara orang yang benar-benar inginkan kebahagian...Merepek sudaah..haha

Saturday, 25 May 2013

Teruskan bersabar, meskinpun ianya suatu penantian..

Jangan sampai diri ini berubah..

Disitu tiada lagi erti persahabatan..

Mengapakah sukar untuk menyatakan..

Penantian suatu penyeksaan..

Ku harap dikau sentiasa bahagia...

Engkau tidak bersalah cuma diri ini yang sering dinodai..

Maafkanlha diriku sekiranya suatu saat nanti...




#Aku tidak penting yg dikau sangkakan :)


Monday, 13 May 2013

Assalamualaikum :)

"Bila kau letih dan hilang semangat,Allah tahu betapa kau telah mencuba sdaya upaya. Bila tangisanmu berpanjangan,Allah telah mengira titisan airmatamu. Bila kau rasa ketinggalan dan masa meniggalkan mu,Allah sentiasa disisimu. Bila kau telah mencuba segalanya tapi tidak tahu tujuan,Allah ada penyelesaiannya. Bila tiada yang bererti buatmu,keliru dan kecewa,Allah adalah jawapannya."(Innallahama'ana).

Pentingnye kalam allah allah Jika kita pndai Menggunakanye :)

Dalam kita melangkah… Terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat, Hingga kita terduduk dan menangis, Peritnya terasa tetapi ketahuilah, Dan renungilah dalam diri kerana… Mungkin air mata tika itu hadir kerana… Dia mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar, Semoga tabah dan tetapkan iman… Biarlah kita keseorangan, Tanpa berteman, Biarlah malam, Tanpa sinar rembulan, Biarlah tidur, Tanpa dihiasi mimpi indah, Tapi, Jangan biarkan hatimu sunyi, Tanpa sepotong ayat, Ayat suci AL-QURAN

Sunday, 12 May 2013

Saturday, 20 April 2013

Salam^_^

Orang kate Hidup ini biarlha ade makna, mesti hati terguris, jiwa dibaluti duri, dan perasaan dicalari dengan kata-kata yang menyakitkan, namun masih ku akan terus perjuangankannya..Biarlha diri ini merasa apakah maknanya erti kesedihan atau kesakitan..Dari situlha kita dapat mengetahui apakah kelemah diri ini, Setiap Dugaan
n Ujian daripadanya mesti ade sesuatu hikmah disebaliknya..Think Positive always :)
#Not narrow mind at anyone else before do something 1st..

Tuesday, 16 April 2013

^Buatmu Ibu^


Munsyid: Aeman

Ibu? bergenang airmataku 
Terbayang wajahmu yang redup sayu 
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan 
Bagaikan laut yang tak bertepian 

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan 
Tidak pun kau merasa jemu 
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu 
Dari kecil hingga dewasa 

Hidupmu kau korbankan 
Biarpun dirimu telah terkorban 
Tak dapat ku balasi 
Akan semua ini 
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu? 

Ibu? kau ampunilah dosaku 
Andainya pernah menghiris hatimu 
Restumu yang amat aku harapkan 
Kerana di situ letak syurgaku 

Tabahnya melayani kenakalan anakmu 
Mengajarku erti kesabaran 
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan 
Menyuluh jalan kehidupan 

Kasih sayangmu sungguh bernilai 
Itulah harta yang kau berikan 

Ibu? kau ampunilah dosaku 
Andainya pernah menghiris hatimu 
Restumu yang amat aku harapkan 
Kerana di situ letaknya syurgaku 

Tabahnya melayani kenakalan anakmu 
Mengajarku erti kesabaran 
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan 
Menyuluh jalan kehidupan 

Kasihanilah, Tuhan? 
Ibu yang telah melahirkan diriku 
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku 
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana 
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana 

#Terbayang Raut Wajah Ibuku Yg berada di Perantawan Jauh Nun Disana Yang banyak Memberi kasih sayang bagai menatang minyak yang Penuh..Ku Doakan Semoga Mu Sentiasa Sihat Sejahtera..Alangkah Indah Jikalau Diri ini Dapat memeluk dakapan dihadapan ibuku krna diri ini telah byk melakukan kekhilfan smada scara sdar @ pown tidak..
#Hargailha Seorg iBu yg masih brnywa kerna mereka satu2nya yg byk menjaga, mendidik, menasihati kita dan sbgainya, Tanpa Mereka Siapalha Kita,
#So, Nilailha Diri masing2, andai kata hidup kita ini telah melakukan tanggungjawab sebagai anak maka blasannya akan mendapat keredhaan ilahi n kerahmatan darinya :)


Friday, 12 April 2013

"Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok."

"Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini."

*Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi.




Sunday, 24 March 2013

selama mana kita menunggu, sekuat mana kita setia, sehebat mana kita merancang, seteguh mana kita bersabar, sejujur mana kita menerima ketentuan dari-Nya. jika. Allah telah menulis jodoh kita dengannya kita tetap akan bersama dengannya, tapi jika takdir Allah menentukan. . .yang mana kita bukan dengan dirinya kita tidak akan bersama dengannya. karena tulang rusuk dan pemiliknya takan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yang tepat menurut ilmu-Nya. Tiada yang "kebetulan" melainkan semuanya telah dirancang dan sebaik-baiknya rancangan adalah dari Allah.

Saturday, 16 March 2013


Dariapda ape yang ak taw, pengalaman n kematangan inilah yg telah byk memberi kesedaran kepada ku. 

Korang kena yakin bahawa setiap permulaan..akan ada pengakhirannya. Sama ada ia awal atau lambat, kita harus sentiasa bersedia. Seeloknya, mulakan sesuatu hubungan dengan redha Illahi…agar ia terus diberkahiNYA. Jangan terlalu berusaha memiliki semula sehingga menjatuhkan martabat diri. Bolehlah kalau hendak memujuk kembali hati si dia yang dah tawar atau mungkin kerana kesilapan yang tak disengajakan itu tapi, seandainya dia sudah katakan… “Its over between us” atau bahasa yang mudah terasanya, “Kita putus”, so..berhentilah merendahkan diri anda. Kadang kita terlalu yakin itulah yang terbaik dan memang sudah menjadi satu fenomena, susah melupakan si dia. Tapi bukalah pintu hati buat insan lain yang mungkin lebih mencintai anda berbanding dia. Jangan terpaku andai satu pintu tertutup sedangkan masih ada banyak pintu yang masih terbuka. Teruskan berkawan dengan si dia dengan seadanya seorang sahabat. Dia akan lebih menghargai kehadiran korang yang sentiasa ada disisinya. Dan kalaulah perpisahan itu atas permintaannya, tidak mustahil dia akan terpikat kembali dengan korang kerana sikap tenang dan redha korang. Mungkin susah hendak berkawan dengan bekas kekasih sebab mesti akan terbayang saat-saat bergelar kekasih dulu tapi relaks lah… kalau tidak mampu, jauhkan diri seketika. Ambil masa untuk neutralkan perasaan. Tidak semua orang boleh kembali berteman dengan bekas kekasih apatah lagi jika perpisahan itu sesuatu yang sangat melukakan.

#Setiap insan ade keistimewaan masing2, so pndai2 la mengunaknnye, jangan lah terlalu berharap sesuatu yang belom pasti. :)

Friday, 8 March 2013

Akhirnya, dapat juga selesaikan ape yg brada dipkiran ku ini, huh~, ape yg ada da trbaik utk kite, jgn lha kite salahkn takdir..smua perkara yg berlaku itu adalah kenyataan, kita tidak boleh lari dprd ape yg telah ditetapkn, jika ianya baik terimalha dgn seikhlas, tetapi jika sebaliknye bersabarlha kerana kite telah merancang ape yg trbaik utk dri kite.. Sebuah peristiwa juga lha telah mematangkn diri ini utk lebih matured utk brfikir mase hdpn. Kadangkala harapan itu sungguh mngembirakn tetapi ianya juga boleh menyakitkn..tak kesahlha ape nk jadi.. Ape yg ade dlm hidup ini itu lha yg trbaik.. :)

Saturday, 2 March 2013

Give Me Advice Not Throw away

Bila aq Kata aku *aku Sedang Brubah..* 
kadangkala diri ini terbabas jgak, maka tegurlha, bkn m'hukum, sayangilha, bkn memfitnah. maafkanlha, bkn membenci, bukan menyusahkn..
Jadi ingatkanlha aku bkn mengejek..Kerana diri ini maseh Lemah. mudah terlupa, mudah terleka dan aku cume musafir yang perlukn panduan. 
Biarlha org nak cakap ape, asalkan hidup kite ade makna n teros growing up dgn perkara2 yang brmanfaat n i'm try to be the best because not everybody is perfect.

Accurate Humble Not Anoyying


Being Humble is more important than being wise because god doesn't need a proud mouth that speak much but a kind Heart that Listens !

SPeaking lha plak ptg2 neh, haha. Xde keje !

Friday, 1 March 2013

KeSabaRan MenCetuSkan Kedamaian


Walaupown keadaan sedang mara Jgn mEmutuskn sesuAtu hubungn n Kalau sedang terlalu bergmbira, Jgn pula mnjanjikan sesuatu sbab kite tidak tahu hati kite sdg bertiup ke mane saat itu -.-


Rasa simpati terbit dalam hati Rasulullah, lantas Baginda bersabda bermaksud: “Bertaqwalah kepada ALLAH dan bersabarlah.”

Sebaik sahaja mendengar lafaz sabar, wanita itu naik angin. Dihalaunya Rasulullah, “Jauhkan dirimu daripadaku! Engkau tidak menderita ditimpa musibah sepertiku.” Jelaslah, wanita itu tidak tahu bahawa pesan sabar itu lahir dari hati seorang Rasul. Sebab itu agak kasar bicaranya.

Namun, Rasulullah s.a.w. sedikit pun tidak tersinggung. Baginda meneruskan perjalanan Baginda.Setelah diberitahu oleh orang yang ada berdekatan bahawa yang menasihatinya itu ialah Rasulullah, rasa bersalah terbit dalam hatinya. Wanita itu segera bergegas pergi menemui Rasulullah s.a.w. Itulah akibat cepat melenting dan tidak bersabar.

Lafaz pertama yang terbit saat dia menemui Rasulullah ialah ucapan maaf. “Maaf, aku tidak mengenalimu wahai Rasulullah.” Nabi s.a.w. tetap tenang, malah ucapan Baginda berupa wahyu itu memandu kita tentang sabar hingga hari ini. Sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: “Sesungguhnya kesabaran itu ialah pada hentaman (pukulan) pertama.” [Muttafaq 'alaih]

Thursday, 28 February 2013

MakNa Sahabat menurut Nabi saw

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)


*Truly Great Friends are hard to find, difficult to leave n impossible to leave*


Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda, 
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

Allah SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT yang bermaksud, 

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (surah al-Hujurat [049] ayat 13)

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadis Rasululah SAW yang bermaksud, 

“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: 

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

(*)Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah SWT untuk mencari redha-Nya.

Sunday, 24 February 2013

Intro


Assalamualaikum wbt, tibe2 terdetik hati ini utk membuat blog ini, tidak ku sangka ape yg aq impikn selama ini sgt sukar utk ku temui . Sekuat mane pown kemahuan kite, skiranye tidak ditetapkn olehnye tidak akn mnjadi jua . Saat kita lapar, allah mmberi kita makan , saat kita gelisah allah berikan kita ketenangan , saat kita sakit allah berikan kesmbuhan, ckuplha smua itu supaya kita brsyukur dgn ape yang kita ade , segala nikmat dan rahmat yg telah diberinya .kerana Setiap kesabaran akan digantikan dengan kemenangan, Setiap kedukaan akan digantikan dengan kebahagiaan, Setiap perpisahan akan pula digantikan dgn pertemuan, setiap yang berakhir akn brtukar dgn permulaan, Setiap kejadian pasti ade hikmah yang allah berikan ..So, Chaiyok-cHaiyok2!! Aja-aja fighting . Semoga setiap amalan kite dtrima olehnye . . .


Do not go where the path may lead, go instead where there is no path and leave a trail. 

p/s : InsyaAllah Jika kita brusaha dgn keinginan n matlamat yg jitu , pastinye kita akn dpt ape yg kita hajati .

Oh Assignment !



         Syukur Alhamdulilah, dgn kehadrat ilahi maseh lagi dpt Menghirup udara yg amat nyaman  dan sUAsane yg Mnceriakn . Mungkin ini lha 1st time mmbuat Blog, sbnarnye diri ini dipkse utk mmbuat blog . aish~Doa-doakn agar complete blog neh walaupown mseh suam2 kukus.

Selalu sahaja kita terbaca di mana-mana sumber penulisan atau terdengar orang di sekeliling kita bercakap “Tak kenal, maka tak cinta”. Adakah ungkapan atau pernyataan ini bererti apabila mengenali seseorang atau sesuatu, hati terus terpaut dan perasaan cinta terus berkembang mekar?? Mungkin Ya, mungkin Tidak…Semua itu hak masing2...Ehh, tibe2 lepas ke topik neh, Sbnarnye Smua tuh ADalah lumrah nALUri masing2 . So, Semoga Setiap pertemuan seseorg dgn scra lngsung mahupn x, jadikn lha smua kenangan yg trindah mskipun pahit utk mnrima kyataan..

Pulau Pandan jauh ke tengah,

Gunung Daik bercabang tiga;

Hancur badan dikandung tanah,

Budi baik dikenang juga.

Insyaallah, Diri kite neh bkn slalu dpt ape yg kite impikan, tApi Allah akn bagi ape yg kite rase ,ape yg kite hajati, ape yg kite idamkn sekiranye kite tetap teros b'doa n istiqamah dgn usha yg brterusan...Jgn prnah Ungkpkn prkataan "Give up" Dalam khidupn kita n Dan apabila kita sudah mengenal serta tertarik dgn org tersebut, kita akan tahu ciri-ciri perwatakannya. Baik, lemah lembut, sopan, pemurah, suka senyum dan berbagai-bagai lagi. InsyaAlllah, mengenal seseorang dengan cara yang halal. Yang diredai olehNya.

Huh, 1st entry kot , tibe2 kuar pasal,hmm..pelik2..Juz sdkit perkongsian utk

mydarkn dri maseh lemah dari sgla aspek..

Mohon maaf skiranye ade trkasar bhase dlm menaip blog neh,tujuan buat blog ini bknlha untuk mnjadi seorg blogger yg superior cm tuh, but, hanye ingin mncari erti sbuah kehidupn yg lebih smpurna..Smoga kORANg sNTIASA bjaye dunia akhirat..InsyaAllah !